Memaparkan catatan dengan label advertising. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label advertising. Papar semua catatan

Selasa, 30 Jun 2009

KILANG KREATIF.....


BILA KITA
memandu kereta ke KLIA tentu kita perasan puluhan papan iklan luaran(outdoor advertising) di kiri dan kanan lebuhraya. Malah ada yang terkangkang megah di tengah-tengah jalan bak pintu gerbang yang sedang berkomunikasi dengan setiap pengguna lebuhraya tersebut. Tahukah kita sesebuah organisasi itu dikenakan bayaran ratusan ribu ataupun jutaan ringgit untuk mengiklankan produk atau perkhidmatannya kepada orang ramai dengan menggunakan media iklan berkenaan. Bagaimanapun kadar iklan yang dikenakan oleh agensi-agensi pengiklanan terhadap client mereka bergantung kepada lokasi dan tempoh sewaan tapak sesuatu pengiklanan luar itu. Jika sepanjang lebuhraya ke KLIA tentulah harga pada tahap yang premium!

Bagaimanapun aku bukan nak cakap tentang harga ataupun lokasi yang terbaik untuk pengiklanan luar ini. Tapi kali ini aku hanya nak berkongsi beberapa contoh media pengiklanan luar yang aku fikirkan kreatif dari segi idea yang cuba diketengahkan agensi yang menciptanya. Sayangnya gambar-gambar ini semuanya contoh dari luar negara. Di Malaysia pun ada beberapa idea pengiklanan luar yang dapat aku kategorikan sebagai kreatif. So, buat masa ini, enjoy gambar-gambar yang aku paparkan kali ini......