
BILA KITA.... bertemu anda buat kali pertama hari ini. Kelahiran blog Bila Kita.... ini hanya sekadar memberi satu lagi pilihan kepada pembaca blog untuk menyelami pandangan dan fikiran penulis blog seperti aku ni. Dengan ruang yang ada, aku akan mencatatkan pelbagai isu yang terlintas di fikiran. Tak kiralah isu besar atau kecil atau penting atau sebaliknya. Sesetengah isu menyentuh soal-soal peribadi yang bersifat universal dan sesetengahnya local. Kekerapan posting akan bergantung kepada ide yang ada dalam kotak fikiran aku pada sesuatu masa itu. Seperti juga blog-blog lain, aku amat mengalu-alukan komen pembaca kerana aku percaya komen pembaca dapat membantu aku memperbaiki blog ini.
Sebelum aku tamatkan salam pengenalan ni, aku nak bagi sikit latar belakang diri aku yang hina ini. Aku ialah JJ atau Jinjang Jo. Untuk hidup aku buat business sendiri. Menulis hanyalah sekadar hobi masa lapang. Dulu pernah bekerja makan gaji lebih 20 tahun. Ambil keputusan bersara awal dua tahun lalu kerana nak cari kebebasan luar biasa. Tapi kebebasan yang dicari tu sampai hari ini belum lagi aku jumpa. Namun cari tetap cari. Hidup aku sekarang ni sangat sederhana jika dibanding semasa aku makan gaji. Hari ini aku tak banyak duit, kawan pun kurang dan aktiviti sosial aku dah beku. Peliknya hari ini aku lebih gembira dari dulu(semasa bekerja tetap). Kalau ada rm20 dalam poket sekarang ini, aku rasa dah cukup banyak dah. Dulu kalau ada rm200, kira tak ada duit la tu.
Oklah dulu celoteh aku buat kali ini. Sehari dua lagi aku berceloteh lagi....Aku pun dah nak tidur sebab jam pun dah 1.30 pagi. Awal pagi nanti kena hantar anak-anak ke sekolah. Inilah routine aku sejak bersara awal. Dulu tugas ini dilakukan oleh isteri aku. Sekarang ni, isteri aku pula bekerja dan aku dah jadi house husband. Dunia...dunia.... Walaupun dah dua tahun aku tak makan gaji tapi Monday blues tetap dapat dirasai seperti ketika zaman aku bekerja dulu......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan