
BILA KITA jadi terkenal dan ternama macam Michael Jackson tentu ramai yang nak meniru gaya kita. Cara dia berpakaian, bercakap, menari, menyanyi, makan dan sebagainya. Pendek kata apa saja MJ buat, peminatnya pasti akan tiru. Sama juga macam penyanyi dan pelakun seperti P.Ramlee. Ada yang meniru gayanya menyanyi, bercakap, berlakun dan buat lawak. Di negara kita terdapat beberapa orang 'jelmaan' P.Ramlee yang cari makan dengan cara begini. Apa salahnya jika kita pandai meniru bakat seni sehingga seakan-akan orang yang asal. Boleh juga dijadikannya punca rezeki, betul tak?
MJ telah mencipta fenomena tersendiri pada awal 1980an apabila lagu-lagu era pasca The Jackson 5 telah menjadi popular di serata dunia. Beat IT, Billie Jean, Bad, Thriller dan sebagainya telah menjadi siulan dan diminanti ramai. Lebih dari itu, tarian yang diperkenalkan oleh MJ menjadi gilaan dan ikutan anak-anak muda. Ketika inilah ramai MJ tiruan yang lahir tetapi mereka lebih kepada mengikut gaya beliau menari dan berpakaian. Namun begitu sehingga kini belum ada lagi penyanyi ala-MJ yang mampu meniru kelunakan suaranya. Suara MJ adalah hak eksklusif beliau. Keunikan suara MJ menjadikan beliau penyayi yang sentiasa disanjung walapun sudah berada di persada seni sekian lama.
Sempena pemergian bintang tersohor ini, marilah kita lihat beberapa orang insan yang meniru gaya Michael Jackson di beberapa kota di seluruh dunia. Lihat saja gambar mereka ini yang begitu fanatik terhadap bintang pujaan mereka tapi yang pasti pemergian MJ tiada penggantinya.....

Kuala Lumpur

Taipei

Beijing

Los Angeles

Paris

Hollywood

Lima
awesome writing !
BalasPadam:D
Thanks. Keep on reading. Your have cool blog too and good stuff!
BalasPadam