Sabtu, 11 Julai 2009

WANG & BOLA...........


BILA KITA sudah terpikat dengan bola sepak maka apa-apa yang berkaitan dengannya ingin kita tahu terutamanya yang dah menjadi kelab-kelab England dalam English Premier League. Aku ialah salah seorang fanatik bola sepak Inggeris yang termasuk dalam golongan ini.

Kelab bola sepak yang aku minati ialah Liverpool FC. Aku pun tak tahu kenapa aku berminat sangat dengan kelab ini tapi yang pasti aku kenal The Beatles dulu sebelum aku kenal Liverpool FC. The Beatles sebuah kumpulan yang popular di awal 1960an dan 70an dulu berasal dari Liverpool. Ahli The Beatles yang terdiri daripada John Lennon, Paul McCartney, George Harisson dan Ringo Starr adalah wargakota Liverpool yang terkenal di dunia. Pada suatu ketika dulu mereka lebih terkenal daripadaa Liverpool FC sendiri!

Kali ni aku tak nak cakap pasal The Beatles ataupun Liverpool FC. Sebagai peminat liga bola sepak Inggeris, aku cuma aku rasa nak sentuh sikit tentang aktiviti perpindahan dan pembelian pemain-pemain kelab yang sedang rancak di sekitar Eropah ketika ini. Apa yang menakjubkan aku ialah harga penjualan pemain yang dikenakan oleh kelab-kelab yang terlibat. Ya Rabbi, rasanya macam tak masuk akal!

Lihat saja pemain hebat Cristiano Ronaldo yang dijual Manchester United kepada Real Madrid sebanyak 80 juta pound! Aduhh, pecah otak aku dengan harga yang dipersetujui oleh kedua-dua kelab ini. Begitu juga penjuala Gareth Barry dari Aston Villa kepada Manchester City, Pembelian Kaka oleh Real Madrid,

Jumlah wang yang berjuta-juta terlibat dalam penjualan dan pembelian para pemain di musim ini seolah-olah tidak menggambarkan keadaan ekonomi yang lembab ketika ini. Bank-bank di Spain yang sanggup membiayai Real Madrid dalam pembelian pemain-pemain hadalan daripada kelab-kelab lain meletakkan kelab ini sebagai kelab yang "terkaya" di dunia. Namun hakikat sebenar adalah sebaliknya. Real Madrid adalah salah sebuah kelab yang banyak berhutang. Begitu juga dengan Manchester United, Chelsea, Liverpool dan Arsenal.

Kenapa kelab-kelab ini sanggup berbelanja wang berjuta-juta untuk mendapatkan pemain-pemain yang mereka minati? Jawapannya sudah tentu untuk memburu kejuaraan liga masing-masing dan akhirnya menjuarai UEFA Champions League dan menjadi juara seluruh Eropah! Real Madrid dan Barcelona membelanjakan wang yang banyak adalah kerana mahu jadikan liga La Liga Spain lebih hebat daripada EPL kerana buat masa ini EPL adalah liba yang terbaik sekali di Eorpah malah di dunia! Apapun yang berlaku dengan urusan jual-beli para pemain ketika ini sudah pasti menambahkan excitement dan kerancakan terhadap pertandingan musim depan. Dan yang pastinya apa yang pernah dilafazkan oleh Husin Lempoyang ketika menjual Abdul Wahab dan Abdul Wahid kepada adik mereka Abdul Wahub ada kebenarannya, "jual manusia lebih untung daripada jual unta, wow!"......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan