
BILA KITA memandu kereta ke KLIA tentu kita perasan puluhan papan iklan luaran(outdoor advertising) di kiri dan kanan lebuhraya. Malah ada yang terkangkang megah di tengah-tengah jalan bak pintu gerbang yang sedang berkomunikasi dengan setiap pengguna lebuhraya tersebut. Tahukah kita sesebuah organisasi itu dikenakan bayaran ratusan ribu ataupun jutaan ringgit untuk mengiklankan produk atau perkhidmatannya kepada orang ramai dengan menggunakan media iklan berkenaan. Bagaimanapun kadar iklan yang dikenakan oleh agensi-agensi pengiklanan terhadap client mereka bergantung kepada lokasi dan tempoh sewaan tapak sesuatu pengiklanan luar itu. Jika sepanjang lebuhraya ke KLIA tentulah harga pada tahap yang premium!
Bagaimanapun aku bukan nak cakap tentang harga ataupun lokasi yang terbaik untuk



....amat kagum! kadang2 terfikir,mampu ini semua menarik pelanggan? adakah berbaloi belanja $$$$ untuk menarik minat awam? di sana ini adalah biasa, di sini ada jugak yg buat tapi mcm susah nak faham mesej nya, kenapa ya? masy kita masih belum mencapai tahap memahami apa yg tersurat. mungkin dlm bhs inggeris ia lebih mudah, ringkas dan penuh bermakna. bhs melayu kena pengisian yg mendalam...susunan ayat kadang2 memang tak membawa mesej yg diingin...pernah member komen dlm inggeris senang, bhs melayu..memang payah.,,"pleased to meet you, meat to please you"...gembira bertemu anda, daging untuk mengembirakan anda..betoi ka?
BalasPadamApa yang saya faham iklan outdoor perlu seringkas mungkin berkata-kata tapi penampilan visual hendaklah "powerful". Ia lebih berkesan untuk mewujudkan impak "branding" dari segi identiti korporat sesebuah organisasi. Penjualan produk secara langsung biasanya dilakukan oleh media cetak mahupun elektronik.
BalasPadamMemang saya bersetuju penggunaan bahasa Inggeris lebih mudah dalam pengiklanan kerana ia boleh diringkaskan tanpa menukar maksud yang tersirat. Saya difahamkan dalam industri pengiklanan di Malaysia, kebanyakan agensi pengiklanan melahirkan iklan dalam bahasa Inggeris terlebih dulu dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Pemilihan perkataan yang tidak tepat kadang kala melemahkan maksud yang hendak disampaikan(dalam bahasa Melayu).