

Malangnya telahan ramai rakyat negara ini meleset sekali. Penyakit yang membawa virus H1N1 ini sebenarnya bukan kepalang garangnya. Cara ia menerjah masuk ke Malaysia tidak siapa menduga. Kes pertama penyakit ini dilaporkan pada awal Mei dan kematian pertama akibatnya dilaporlan pada Julai 2009. Sejak kematian pertama pada 23 Julai lalu, angka kematian di Malaysia telah meningkat kepada 67 kematian pada 17 Ogos di seluruh negara akibat H1N1. Angka kematian dijangka meningkat sekiranya langkah-langkah drastik tidak diambil oleh kerajaan. Namun langkah pencegahan yang lebih serius hendaklah diambil oleh setiap individu untuk mencegah H1N1 daripada merebak.

Mereka yang termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi mengidap penyakit ini ialah yang mempunyai penyakit kronik seperti jantung, buah pinggang, limpa, urat-saraf dan kencing manis. Kumpulan lain yang berisiko tinggi ialah pesakit yang mengambil ubat lelah(dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini), perempuan mengandung, mereka yang berumur 65 tahun ke atas dan anak-anak berumur lima tahun ke bawah.
Memandangkan H1N1 adalah penyakit yang berjangkit, langkah-langkah pengawalan yang rapi hendaklah diambil oleh setiap individu pada setiap waktu seperti :-
- menutup mulut dengan sapu tangan atau kertas tisu apabil bersin
- mengguna topeng mulut
- elak daripada menyetuh mata, hidung atau mulut kerana kuman merebak cara sebegini
- elak daripada mengunjungi tempat-tempat public seperti kompleks membeli-belah atau hadiri majlis terbuka orang ramai
Mengikut laporan yang dikeluarkan pihak kerajaan, vaksin untuk melawan penyakit ini hanya akan berada di Malaysia se awal-awalnya pada Disember 2009. Negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat akan mengeluarkan vaksin untuk rakyat mereka pada bulan September depan.